Tuesday, 21 June 2011

Rukun Islam ( Syahadah )


Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.











Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naiksaksi bahawa 
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Rukun Syahadah

Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :

  • Menetapkan zat Allah.
  • Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
  • Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.
  • Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.


Syarat sah syahadah
Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.
Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
  1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  3. Mamahami makna kedua-duanya.
  4. Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.
  5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Hak Syahadah Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah solat.

No comments:

Post a Comment