Wednesday 22 June 2011

Rukun Iman ( Percaya kepada Kitab-Kitab )


Kitab salah satu daripada Rukun Iman di dalam agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.
Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimani adalah:
  1. Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
  2. Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
  3. Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
  4. Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Iman Kepada Kitab

Iman terhadap Kitab-Kitab Allah SWT dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika yang dimaksud adalah Iman terhadap Al-Quran maka dalilnyaaqli, kerana Al-Quran dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran dapat diindera sepanjang zaman.
Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap kitab-kitab selain Al-Quran, seperti TauratInjil dan Zabur, maka dalilnya adalah naqli. Alasannya bahawa Kitab-Kitab ini adalah dari sisi Allah SWT tidak dapat dijangkau (keberadaannya) sepanjang zaman. Kitab-Kitab tersebut adalah dari sisi Allah SWT dan dapat dijangkau keberadaanya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat. Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak boleh dijangkau oleh orang-orang (pada masa) setelahnya.

Kitab Suci Al- Quran Nur Karim 

Al-Quran atau Quran  ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)
Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;(surah al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepadaNabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.

Bukti Al Quran Datang Dari Allah

Mengenai bukti bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dalam menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapatkan tiga kemungkinan.
  • Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab.
  • Kedua, karangan Muhammad SAW.
  • Ketiga, berasal dari Allah SWT saja.
Tidak ada lagi kemungkinan selain dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik dari segi bahasa maupun gayanya.
Kemungkinan pertama yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah karangan orang Arab merupakan kemungkinan yang tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah menentang mereka untuk membuat karya yang serupa. Sebagaimana tertera dalam ayat :
قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ
"Katakanlah: 'Maka datangkanlah sepuluh surat yang (dapat) menyamainya" (Surah Hud 13).
Di dalam ayat lain :
قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِثْلِهِ
"Katakanlah: ('Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cubalah datangkan sebuah surat yang menyerupainya" (Surah Yunus 38).
Orang-orang Arab telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berhasil. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukan berasal dari perkataan mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, ada tentangan dari Al-Quran dan usaha dari mereka untuk menjawab tentangan itu. Kemungkinan kedua yang mengatakan bahwa Al-Quran itu karangan Nabi Muhammad s.a.w., adalah kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Nabi Muhammad s.a.w. adalah orang Arab juga. Bagaimanapun cerdiknya, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya. Selama seluruh bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka masuk akal pula apabila Nabi Muhammad s.a.w. yang juga termasuk salah seorang dari bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh kerana itu, jelas bahawa Al-Quran itu bukan karangan Nabi Muhammad s.a.w.. Terlebih lagi dengan banyaknya hadis shahih yang berasal dari Nabi Muhammad s.a.w. --yang sebagian malah diriwayatkan lewat cara yang tawatur, yang kebenarannya tidak diragukan lagi. Apabila setiap hadis dibandingkan dengan ayat manapun dalam Al-Quran, maka tidak akan dijumpai adanya kemiripan dari segi gaya bahasanya. Padahal Nabi Muhammad s.a.w., disamping selalu membacakan setiap ayat-ayat yang diterimanya, dalam waktu yang bersamaan juga mengeluarkan hadis. Namun, ternyata keduanya tetap berbeza dari segi gaya sasteranya. Bagaimanapun kerasnya usaha seseorang untuk menciptakan berbagai macam gaya bahasa dalam pembicaraannya, tetap saja akan terdapat kemiripan antara gaya yang satu dengan yang lain. Kerana semua itu merupakan bagian dari ciri khasnya dalam berbicara. Oleh kerana memang tidak ada kemiripan antara gaya bahasa Al-Quran dengan gaya bahasa hadis, bererti Al-Quran itu bukan perkataan Nabi Muhammad s.a.w. Sebab, pada masing-masing keduanya terdapat perbezaan yang tegas dan jelas. Itulah sebabnya tidak seorang pun dari bangsa Arab, orang-orang yang paling tahu gaya dan sastera bahasa arab, pernah menuduh bahwa Al-Quran itu perkataan Nabi Muhammad s.a.w. atau mirip dengan gaya bicaranya. Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahawa Al-Quran itu dicipta Nabi Muhammad s.a.w. dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah ditolak keras oleh Allah SWT dalam firman-Nya :
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ
"(Dan) Sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: 'Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (bukan-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas" (Surah An-Nahl 103).
Jika telah terbukti bahwa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula karangan Nabi Muhammad s.a.w., maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang menjadi mukjizat bagi orang yang membawanya.

[sunting]Nama-nama al-Quran

  • al-Kitaab (اﻟﻛتاب)bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:
Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 2:1-2)
  • al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:
Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.(surah al-Furqaan 25:1)
  • adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)
  • at-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:
Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)

[sunting]Sifat al-Quran

  • an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)
  • al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)
  • al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
  • ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

Senarai Surah

Senarai 114 Surah adalah:
1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) سورة الفاتحة
2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) سورة البقرة
3. Surah Ali 'Imran (Keluarga Imran) سورة آل عمران
4. Surah An-Nisaa' (Wanita) سورة النساء
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan) سورة المائدة
6. Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan) سورة الأنعام
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) سورة الأعراف
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) سورة الأنفال
9. Surah At-Taubah (Taubat) سورة التوبة
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.) سورة يونس
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.) سورة هود
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) سورة يوسف
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh) سورة الرعد
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.) سورة إبراهيم
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) سورة الحجر
16. Surah An-Nahl (Lebah) سورة النحل
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam) سورة الإسراء
18. Surah Al-Kahfi (Gua) سورة الكهف
19. Surah Maryam (Siti Maryam) سورة مريم
20. Surah Taahaa سورة طه
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) سورة الأنبياء
22. Surah Al-Hajj (Haji) سورة الحج
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) سورة المؤمنون
24. Surah An-Nuur (Cahaya)سورة النّور
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan) سورة الفرقان
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair) سورة الشعراء
27. Surah An-Naml (Semut) سورة النّمل
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita) سورة القصص
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah) سورة العنكبوت
30. Surah Ar-Rum (Masyarakat Rom) سورة الرّوم
31. Surah Luqman (Luqman) سورة لقمان
32. Surah As-Sajdah (Sujud) سورة السجدة
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) سورة الأحزاب
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’) سورة سبأ
35. Surah Faatir (Pencipta) سورة فاطر
36. Surah Yaasin سورة يس
37. Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur) سورة الصافات
38. Surah Saad سورة ص
39. Surah Az-Zumar (Rombongan) سورة الزمر
40. Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman) سورة غافر
41. Surah Fussilat (Dijelaskan) سورة فصّلت
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan) سورة الشورى
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) سورة الزخرف
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut/Asap) سورة الدّخان
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut) سورة الجاثية
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) سورة الأحقاف
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w.) سورة محمد
48. Surah Al-Fath (Kemenangan) سورة الفتح
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) سورة الحجرات
50. Surah Qaf سورة ق
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan) سورة الذاريات
52. Surah At-Tur (Gunung) سورة الطور
53. Surah An-Najm (Bintang) سورة النجم
54. Surah Al-Qamar (Bulan) سورة القمر
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) سورة الرحمن
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan) سورة الواقعة
57. Surah Al-Hadid (Besi) سورة الحديد
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu) سورة المجادلة
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) سورة الحشر
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji) سورة الممتحنة
61. Surah As-Saff (Barisan) سورة الصف
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) سورة الجمعة
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik) سورة المنافقون
64. Surah At-Taghabun (Saling Untung dan Rugi) سورة التغابن
65. Surah At-Talaq (Cerai) سورة الطلاق
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan) سورة التحريم
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan) سورة الملك
68. Surah Al-Qalam (Pen) سورة القلم
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar) سورة الحاقة
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik) سورة المعارج
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.) سورة نوح
72. Surah Al-Jin (Jin) سورة الجن
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut) سورة المزّمّل
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselimut)سورة المدّثر
75. Surah Al-Qiamah (Kebangkitan) سورة القيامة
76. Surah Al-Insaan (Manusia) سورة الإنسان
77. Surah Al-Mursalat (Yang Diutus) سورة المرسلات
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar) سورة النبأ
79. Surah An-Naazi’aat (Yang Mencabut) سورة النازعات
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka) سورة عبس
81. Surah At-Takwiir (Menggulung) سورة التكوير
82. Surah Al-Infitar (Pecah Belah) سورة الإنفطار
83. Surah Al-Mutaffifiin ( Golongan yang Curang) سورة المطفّفين
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah) سورة الإنشقاق
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) سورة البروج
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam) سورة الطارق
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi) سورة الأعلى
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa yang Menggelisahkan) سورة الغاشية
89. Surah Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari) سورة الفجر
90. Surah Al-Balad (Negeri) سورة البلد
91. Surah Asy-Syams (Matahari) سورة الشمس
92. Surah Al-Lail (Malam) سورة الليل
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang) سورة الضحى
94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah (Kelapangan) سورة الشرح
95. Surah At-Tin (Buah Ara) سورة التين
96. Surah Al-‘Alaq (Gumpalan Darah) سورة العلق
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan) سورة القدر
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata) سورة البينة
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) سورة الزلزلة
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang) سورة العاديات
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar) سورة القارعة
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah) سورة التكاثر
103. Surah Al-‘Asr (Waktu) سورة العصر
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat) سورة الهمزة
105. Surah Al-Fiil (Gajah) سورة الفيل
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy) سورة قريش
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna) سورة الماعون
108. Surah Al-Kauthar (Melimpah-ruah) سورة الكوثر
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir) سورة الكافرون
110. Surah An-Nasr (Pertolongan) سورة النصر
111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api) سورة المسد
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas) سورة الإخلاص
113. Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari) سورة الفلق
114. Surah An-Nas (Manusia) سورة النّاس

No comments:

Post a Comment